Sunday, July 19, 2009

SILA CUBA SEDAYA UPAYA UNTUK JAWAB PERSOALAN INI MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU TULEN SAHAJA. Jika benar anda anak melayu.

1. Bekas kekasih saya adalah
-rakan sekolah saya dahulu dan kami masih berkawan biasa sehingga sekarang.

2. Saya sedang mendengar
-bunyi motor di dalam televisyen.

3. Mungkin saya patut
-tidur sekarang kerana saya harus melakukan banyak kerja keesokkan hari.

4. Saya suka
-akan faizal tahir kerana persembahan beliau yang sangat bertenaga dan juga hasil muzik beliau.

5.Sahabat-sahabat baik saya
-ialah mereka yang bersama dengan saya ketika susah dan ketika senang.

6.Saya tak paham :
-dengan sikap seseorang yang suka menarik perhatian dengan menagih simpati.saya tidak suka dengan sikap itu dan saya tidak faham mengapa perlu berkelakuan begitu.

7.Saya kehilangan :
-teman-teman bersuka-ria saya dan juga wang bulanan daripada MARA.

8.Ramai yang berkata :
-saya tidak ingat apa pandangan mereka terhadap saya.ini adalah kerana saya hanya wanita biasa yang mereka sukar perasan akan saya.

9.Makna nama saya :
-sebaik-baik seorang wanita yang wara' dan arif dan yang hanya cintakan Allah.saya berharap saya akan jadi seperti wanita ini.amin.

10.Cinta itu adalah :
-satu perasaan yang akan membuat seseorang itu seronok dan kadang kala cinta itu menyakitkan jika kita mencintai seseorang.oleh itu, lebih baik cinta pada yang maha Esa dan cinta pada kedua ibu bapa kita juga cinta kepada diri sendiri.

11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
-maaf saya tidak ambil tahu tentang kisah orang lain.

12.Saya akan cuba :
-untuk segera menghabiskan soalan-soalan ini agar saya dapat tidur dengan lena.

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
-untuk jangka masa yang lama dan ber­terusan.

14.Telefon bimbit saya :
-amat penting bagi saya.

15.Bila saya terjaga dari tidur :
-saya akan mematikan jam loceng saya. (aku tidak meniru engkau qistina)

16.Saya paling meluat apabila :
-seseorang itu cuba menarik perhatian org lain dengan menagih simpati dan seseorang yang berpura-pura bujang walhal dia sudah mempunyai teman.

17.Pesta/Parti adalah :
-suatu tempat yang pasti sesak.maaf saya juga tidak menyukainya seperti qistina.

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
-serangga yang singgah di bilik ida,aiza dan qis.

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah:
-15 hingga 22 tahun

20.Hari ini :
-saya keluar menonton wayang bersama-sama nor aiza,ida raihana dan siti mariam.selain itu,kami juga bersembang tentang kehidupan masing-masing.

21.Malam ini saya akan :
-terus tidur kerana saya sangat letih sambil mendengar muzik.

22.Esok pula saya akan :
-membeli barang-barang keperluan saya seorang diri.

23.Saya betul-betul inginkan :
-sebuah kehidupan yang sempurna.(aku tidak meniru engkau qistina)

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
-oh tidak! jerawat di dahi.

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
-membeli-belah kerana saya kurang berminat dengan arked permainan.

26.Makanan Barat atau Jepun :
-kedua-duanya.saya tidak memilih.

27.Bilik yang terang atau gelap:
-sudah tentu bilik yang terang.saya tidak suka akan gelap.

28.Makanan segera adalah :
-makanan yang tiada khasiat tetapi ramai yang menggemarinya.

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang:
-"baiklah kita jumpa minggu hadapan," kata saya kepada sahabat lama saya.

30.Siapa yang anda mahu Tag?
- sesiapa sahaja yang merasakan beliau adalah seorang anak melayu.

1 comment: