Wednesday, July 1, 2009

saya bangga menjadi anak melayu

SILA CUBA SEDAYA UPAYA UNTUK JAWAB PERSOALAN INI MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU TULEN SAHAJA. Jika benar anda anak melayu.

1. Bekas kekasih saya adalah :
lelaki yang pernah berada di dalam hati saya

2. Saya sedang mendengar :
suara mereka gelak-gelak kecil.juga mesin fotostat.

3. Mungkin saya patut:
beramah mesra dengan mereka agar saya tidak kesunyian.malangya saya tidak mampu untuk melakukan itu.tapi tidak mengapa, saya akan berusaha.


4. Saya suka :
kereta mitsubishi lancer.saya juga suka apabila dikelilingi teman-teman yang memahami saya.dan yang paling utama, 1 tabiat daripada dulu adalah saya suka berangan/berkhayal.itu semua terjadi apabila saya sedang diam.

5.Sahabat-sahabat baik saya :
merupakan insan2 yang sangat saya sayang.mereka menceriakan hidup saya juga melayari hari-hari yang susah dan senang bersama.saya gembira apabila bersama-sama mereka.dan saya berharap agar saya dapat berjumpa lagi dengan mereka.

6.Saya tak paham :
apabila sesuatu perkara itu terlalu banyak kemusykilannya.akan tetapi, jika perkara itu menarik perhatian saya, saya akan pastikan saya tahu tentangnya walau serumit mana sekalipun.

7.Saya kehilangan :


  • detik-detik indah bersama teman baik saya
  • wang saku bulanan (terima kasih kepada MARA yang membantu saya selama ini)

8.Ramai yang berkata :

pertama kali saya melihat awak, awak nampak garang & sombong. tetapi lama kelamaan saya sedar awak bukan macam itu, awak seorang yang peramah. makanya jangan takut untuk menegur saya kerana air muka saya sahaja yang kelihatan begitu tetapi hakikatnya saya tidak begitu.hendak marahkan orang pun saya takut.(gelak kecil)

9.Makna nama saya :

yang memelihara keadilan

10.Cinta itu adalah :
satu perasaan yang lahir dari hati dan naluri setiap insan.perasaan itu datang secara tiba-tiba tanpa perlu di jemput dan ianya adalah secara am.kerana sebagai manusia, kita cintakan banyak perkara, bukan hanya cinta pada pasangan, tetapi juga cinta kepada tuhan, cinta pada keluarga dan bermacam-macam lagi. tetapi harus diingat kadang-kadang cinta itu menyakitkan walaupun ianya sesuatu yang sangat indah.maka bertindaklah secara rasional.

11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
melakukan pekerjaannya sama ada mereka suka atau tidak itu adalah tanggungjawab yang perlu dia laksanakan.selamat berjaya!

12.Saya akan cuba :
untuk membuka pintu hati saya apabila waktunya tiba kelak.doakan yang terbaik untuk saya.

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
kekal sampai bila-bila.mungkin.kalau hendak tahu dengan lebih lanjut, sila rujuk kamus dewan.

14.Telefon bimbit saya :
adalah aset saya yang sentiasa setia berada di samping saya.

15.Bila saya terjaga dari tidur :
saya akan mematikan bunyi deringan jam di telefon bimbit saya.

16.Saya paling meluat apabila :
orang itu berlagak bahawa dia adalah seorang yang sangat terkenal dan ingin menunjuk-nunjuk.walhal dia adalah insan biasa yang tidak mempunyai apa-apa keistimewaan.perasan.

17.Pesta/Parti adalah :
untuk meraikan sesuatu perkara.tetapi saya tidak begitu gemarkannya.sekali sekala tidak mengapa.jikalau selalu, mungkin tidak.mahu kata saya kuno?apa saya peduli.tidak kisah.

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
seekor kucing yang ditemui di aras bawah hostel.malangya saya tidak dapat mengungkapkannya kerana saya takut pada kucing.

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah:
16 tahun - 21 tahun 2 bulan 25 hari

20.Hari ini :
saya melakukan kerja yang sama di pejabat sambil bersembang secara maya dengan rakan-rakan.saya juga akan pulang ke rumah orang tua saya.seronok! saya suka hari khamis.

21.Malam ini saya akan :
sampai di rumah.makan malam.menonton televisyen.tidur.

22.Esok pula saya akan :
tidak tahu kerana saya tidak membuat apa-apa rancangan lagi.mungkin juga saya akan keluar dengan kawan saya kerana kami sudah lama tidak bertemu.

23.Saya betul-betul inginkan :
sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia di kelilingi anak-anak yang comel.hahaha.
(atul jangan tiru)

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
(berfikir sejenak) jerawat yang besar hari itu telah mengecut.syabas.

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
kedua-duanya kerana arked permainan letaknya di dalam pusat membeli belah.

26.Makanan Barat atau Jepun :
barat.saya tidak suka makanan jepun.tetapi saya suka melihat orang yang sedang makan makanan jepun.

27.Bilik yang terang atau gelap:
waktu berjaga - bilik yang terang
waktu tidur - bilik yang gelap

28.Makanan segera adalah :
sejenis makanan yang mudah dan cepat untuk disediakan.

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang:
entah.saya sudah lupa kali terakhir saya berbicara dengan siapa.

30.Siapa yang anda mahu Tag?
- atul
- wun
- kak pae
- yang paling penting sesiapa sahaja yang membaca blog ini.saya tidak kisah siapa anda.tetapi sekali anda sudah membaca, anda merupakan orang yang telah di TAGGED secara automatik

Regards,
Si Cantik

6 comments:

  1. amboi deifinasi cinta ko bkn men lagi..
    hanya org2 yg bcintan ngn abg 'msuk hutan' jek leh define cmtuh...

    hhahahahahhahaahhaaha

    ReplyDelete
  2. hahahaahahahahaa
    ratu yang giler!!!!!!!!!!
    tuh aku da buat safe mode dah tuh
    ko mmg kuang asam la mangkok.
    xde mknenye.

    ReplyDelete
  3. ade aku kesah?
    dr ko nk tiru jwpn artis
    blah la weh.

    ReplyDelete
  4. maaf le..saye x pandai psl tag2 ni..so saye xtau ape yg perlu di buat..

    ReplyDelete
  5. haha.alaa akak copy paste je.then akak tulis jwpn akak ape.

    ReplyDelete